Peristiwa yang berlaku dI Perak telah mengajar orang Melayu seluruhnya. Pengajaran ini hanya berlaku pada orang Melayu yang masih waras akalnya sahaja. Yang tidak waras terus dengan kebodohannya hingga sanggup mendurhaka kepada Rajanya sendiri yang selama ini melindungi dirinya dan bangsanya. Mari kita susur galur apa yang sebenarnya belaku di Perak;(1) Bila pilihan raya umum ke 12 diadakan tidak wujud parti Pakatan Rakyat seperti BN yang berdaftar dan berlogo dan bertanding atas tiket satu parti iaitu BN. Semua calon DAP, PKR dan PAS bertanding di atas tiket parti masing-masing. Ini bermakna Pakatan Rakyat adalah organisasi politik haram. (Macam mana boleh tubuh kerajaan?)
(2) Bila keputusan diumumkan BN mendapat 28 kerusi dan mengatasi calon DAP, PKR dan PAS. Sepatutnya BN memerintah Perak tetapi DAP, PKR dan PAS menggunakan taktik secara pakatan lisan memerintah Perak. BN berdiam diri dan tiada satu pun bantahan dibuat. (Mengapa BN dungun sangat tidak bantah?)
(3) Bila menang Pakatan Rakyat yang haram ini bergelut siapa akan jadi MB kerana DAP menang besar berbanding dengan PAS dan PKR. DAP kecewa kerana tidak dapat jadi MB kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan MB mesti orang Melayu beragama Islam. DAP marah lalu main politik memperkudakan PAS. Jawatan itu diberikan kepada PAS tapi mesti mengikut kehendak politik DAP. Sejak itu berpuluh ribu tanah rezab Melayu diberikan hampir seribu tahun kepada penyokong DAP sedangkan orang Melayu hanya diberikan hak 99 tahun. (PAS sanggup jadi keldai DAP kerana gila kuasa).
(4) PKR main politik kotor dengan berusaha merasuah dan membeli 31 orang ahli Parlimen BN bagi merampas kerajaan Persekutuan. 16 September 2008 menjadi sasaran. Mereka hantar perasuah untuk melobi wakil-wakil Parlimen BN yang sedang melawat Taiwan tetapi gagal. Mereka goda wakil rakyat Bota. Mereka berjaya tetapi gagal akhirnya. (Ini kerja golongan fasik. PKR mula politik kotor. Sekarang makan dirilah. Allah s.w.t Maha Adil)
(5) Bila berlaku kes rasuah 2 ADUN PKR semakin risau. ADUN-ADUN ini kemudiannya menghilangkan diri dan keluar PKR. Seorang ADUN (DAP) bersama dengan 2 ADUN (PKR) akhirnya menyokong BN. Atas dasar ini Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengisytiharkan BN boleh menubuhkan kerajaan negeri. (Ini adalah undang-undang yang termaktub. Kalau tidak mahu ikut undang-undang lebih baik jadi haiwan).
(6) MB Perak (PAS) membuat persetujuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bahawa beliau akur dengan keputusan Tuanku. Atas peruntukan undang-undang tubuh tersebut, Tuanku Sultan Perak mengisytiharkan BN memerintah Perak kerana mempunyai suara majoriti. MB Perak baru (BN) dilantik. MB lama (PAS) sembah durhaka dan memungkiri persetujuan sebelum ini. (Mulut kata Islam, amalan macam orang munafik. Sanggup durhaka pada Raja Melayu kerana DAP).
(7) DAP dan PKR takut durhaka lalu main politik lagi. Kali ini mereka hasut penyokong PAS merusuh di Istana. Kala ini semua yang merusuh adalah Melayu dari parti PAS sedangkan DAP dan PKR sembunyi tangan. PAS sudah diperbodohkan oleh rakan seperjuangn mereka DAP dan PKR. Akhirnya PAS terpaksa dukung pendurhakaan itu. DAP dan PKR selamat. (Bila unta tunjuk pandai akhirnya hidup di padang pasir jugak).
(8) Karpal pula nak tunjuk hebat. Dari asal lagi beliau ini tidak bersetuju dengan keistimewaan orang Melayu. Asal dari India merempat di Tanah Melayu dia nak jadi raja dengan menggunakan kepakaran undang-undangnya. Dia kemuka saman terhadap Sultan Perak. (Orang bukan Melayu saman Raja Melayu, boleh Melayu sokong. Baghal punya Melayu).
GATALSOKMO2; Inilah kebodohan Melayu yang melalak perjuangan Islam tetapi akhlaknya buruk, jadi perosak di muka bumi dan pendurhaka kepada Raja sendiri dan menjadi keldai DAP dan PKR. Itu saja yang berlaku di Perak. Mana ada orang Cina DAP yang terlibat merusuh di Istana? Mereka bersembunyi melihat kebodohan orang Melayu PAS. Sedarlah...orang Melayu kalau main politik jangan jadi bodohlah. Rasulullah s.a.w. dah pesan jangan kamu bersama dengan golongan pasik akhirnya kamu menjadi fasik seperti mereka. Padan muka. Kalau ikut cara BN ia itu mengikut undang-undang dan perlembagaan Melayu tidak akan bergaduh sesama sendiri. Kalau nak memerintah kena faham undang-undang negara jangan jadi pak kadok, menang sorak kampung tergadai. Kini nampaknya Melayu Baru adalah Pak Kadok Baru.